Entah mengapa aku
cuba memahami yang takkan dapat ku fahami
yang terkadang membuka jalan
dan kemudian berpaling tanpa secebis alasan
yang mengukirkan ke bibirku satu senyuman
dan kemudian membuatku membentak kemarahan
Entah mengapa aku
menghabiskan masaku cuba melihat
yang tidak mahu dipandang
mendengar
yang mahu mengulit kesunyian
mencari
yang tidak mahu ditemui
menyentuh
yang tidak bisa membuka hati
Entah mengapa aku
masih di sini
cuba memahami yang takkan dapat ku fahami
mungkin kerana setiap yang terungkai
memberikan penjelasan ke dalam diri
seperti refleksi
Seperti menyedut harum bunga popi,
aku seakan tidak mahu berhenti.
Save me...
090104
1.34am
Posted at 02:59 am by theshai
?